Pages

Sunday, January 9, 2011

Salam pengenalan dari PASTA ALAMI

Assalamualaikum dan saya mulakan dengan kalimah bismillahhirrahmaanirrahim.

Harapan agar ini adalah detik permulaan bagi blog ini berkongsi maklumat berkaitan pasta, spaghetti, noodle, mee dan yang sama waktu dengannya. Mohon sokongan dari rakan sekalian.

Saya punya harapan dan percaya sesiapa saja pasti sukakan pasta aka mee. Setiap hari pasti menjadi kemestian untuk kita memesan paling biasa mee goreng, paling ringkas pun mee segera. Semenjak akhir-akhir ini amat sukar bagi penggemar mee untuk mendapatkan mee yang bebas dari penggunaan bahan pengawet.

Jadi saya punya misi untuk berkongsi dengan tuan-tuan dan puan-puan nikmati mee tampa pengawet. Inilah misi Pasta Alami. Misi Pasta Alami ialah dalam pembikinan pasta aka mee ini kami akan cuba menghasilkan pasta aka mee yang bebas pengawet tambahan MSG.

Kandungan Pasta kami benar-benar alami yang mana terdiri daripada Tepung Gandum (yang organik), gula perang, garam bukit (yang larut dalam badan tidak mendap yang boleh mengakibatkan gout), telur dan air penapis yang beralkali.

Dengan itu kami memperkenalkan konsep "You Order We Deliver" maksudnya kami akan membuat pasta yang segar setiap hari berdasarkan tempahan. Ini kerana Pasta Almi tidak mengandungi bahan pengawet oleh itu tempahan hari ini akan kami siap untuk hari esok. Maksudnya penghantaran Pasta Alami adalah segar dari dapur.

Nantikan kemunculan kami dalam masa terdekat. PERHATIAN kami buat masa ini menawarkan perkhidmatan penghantaran di sekitar kawasan Kuching sahaja, InsyaAllah kami akan meperluaskan perkhidamatan ke seluruh Malaysia waima ke seluruh Dunia sekiranya di izinkan Allah dan mendapat sokongan rakan-rakan sekalian.

Sokongan dari segi memperkenalkan blog ini dan perkhidmatan kami buat teman tuan-tuan dan puan-puan, memberi pandangan dan kritikan membina bagimana kami memperbaiki mutu perkhidmatan kami.

Mari kita sama-sama memperjuangkan produk Halal lagi alami tampa pengawet yang memudaratkan kesihatan dalam jangka watu yang panjang, tampa kita sedari kita sendiri telah merosakkan komponen organ mahupun tubuh badan kita sendiri tampa kita sedari dengan pengambilan bahan pengawet dalam pemakanan kita.

Pengawet perlu disedari bukan menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga malah menukarkan apa yang kita makan tadi kepada toksik atau racun, secara senyap membunuh atau melemakhan sistem tubuh badan kita.

Tidak dinafikan kini masyarakat kita menghidap berbagai-bagai gejala dan penyakit sehinggakan anak-anak yang masih kecil telah mengalami situasi penyakit kronok seperti kenser. Apakah punca semuanya ini, tidak lain dan tidak bukan penyakit-penyakit ini berpunca dari pemakanan.

Kini apa yang kita makan bukannya ubat malah racun dalam senyap. Oleh yang demikian mari kita sama-sama beralih makan dari bahan yang mengandungi bahan pengawet kepada Pasta Alami yang tampa pengawet di jadikan sajian dan diet harian anda, semoga dengan merubah pengambilan diet yang alami ini kita telah mengurangkan kandungan toksin dalam badan insyaAllah.

Bagi anda sekiranya memperkenalkan perkhidmatan kami kepada rakan-rakan anda walaupun tidak mendapat imbalan secara materi di dunia, saya doakan sumbangan kecil anda ini menjadi benih yang anda tanam di akhirat insyaAllah akan tumbuh dan bercambah pahala dari perkongsian memperjuangkan produk Halal lagi suci.

No comments:

Post a Comment